Konsep & Dasar - Concept & Principles of Homeopathy
Dasar Perubatan Homeopathy mengandungi 6 bab
- Doktrin Keseraksian - Law of similar
- Doktrin Ujikaji - Law of Proving on Healthy Human being
- Doktrin Dos Tunggal - Law of Single Dose
- Doktrin Mikro Dos - Law of Minimum Dose
- Doktrin Tenaga hayat - Law of Vital Force
- Doktrin Arah Penyembuhan - Law Direction of Cure
Doktrin Keseraksian - Law of similar
Membawa erti bahawa ubat hendaklah diberi berdasarkan persamaan gejala penyakit dan ubat. Hanya ubat-ubat yang diberi tepat mengikut undang-undang keserasian sahaja dapat menyembuhkan. Jika kekuatan ubat pula diberi betul dan tepat, maka ubat terus pergi ke akar umbi penyakit dan menyembuhkan secara berkekalan.
Doktrin Ujikaji
Semua ubat-ubat homeopati wajib diujikaji terlebih dahulu sebelum digunakan dan ujikaji pula wajib terhadap manusia yang sihat dan tidak boleh diuji kaji terhadap haiwan kerana ubat yang hendak diberi kepada manusia mestilah manusia juga yang tahu nilai kuasa ubat bila diuji.
Mengikut saintis homeopati, anatomi dan fisiologi antara manusia dan haiwan amat berbeza, maka jika ujian dijalankan terhadap haiwan sedangkan ubat untuk diberikan kepada manusia, maka para saintis berpendapat 'ini tidak adil' dan tidak ada persamaan.
Oleh itu semua ubat-ubat homeopati hendaklah diuji pada manusia yang sihat dimakmal-makmal yang mempunyai GMP, ISO 2000 yang terdapat di Germany, Italy, Francem England, USA dan lain-lain. Hampir 100 % ubat-ubat homeopati dimport dari luar negara, cuma di pack saja disini.
Doktrin Mikro Dos
Ubat-ubat yang kuat seperti 500 mg atau 1000 mg mengikut kajian homeopati menggunakan skala Hahnemanian memusnahkan sel-sel dan amat kuat untuk diserapkan oleh sel-sel manusia. Maka setiap ubat homeopati hendaklah dipecahkan molekulnya agar ianya menjadi 'atomic power' dengan kaedah 'potentisation' kita berhasil membuang toksid dalam ubat dan yang ada pada bahan ubat adalah 'kuasa' penyembuhan ubat sahaja. Itulah dinamakan minimum dos.
Dos Tunggal
Setiap ahli homeopati diwajibkan memberi satu ubat sahaja dalam satu waktu dan bukan 3 atau 4 jenis ubat serentak. Ubat yang diberi satu ubat dalam satu waktu dinamakan ' single dose' atau dos tunggal. Itu cara homeopati
Doktrin Tenaga hayat
Yang sakit mengikut homeopati adalah manusia, simtom yang ada adalah 'bahasa isyarat' tubuh badan. Jadi kita hendaklah perhatikan baik-baik gejala simtom yang mana terganggu. Bagi homeopati yang dinama penyakit itu ialah 'lemah tenaga hayat' bila kita tahu bahawa sistem tenaga hayat itu lemah, kita baiki dan letakkan tenaga hayat kembali normal, maka penyakit secara otomatisnya sembuh.
Doktrin Arah Penyembuhan
Arah penyembuhan amat penting jangan sebarangan hentam dengan mana-mana ubat. Kita hendaklah tahu kemana arah tujuan ubat. Biasanya penyembuhan dari atas kebawah, dari kanan ke kiri, dari organ penting ke organ kurang penting.
Jangan mendapkan penyakit dengan ubat sapu, dia baik sementara dan timbul semula, sapu lagi baik, dan timbul lagi.
Homeopati suka kepada penyembuhan yang berkekalan, bukannya pemendapan penyakit.